Wednesday, February 10, 2010

Maksud bacaan solat

dah lama nak buat dalam post bende ni buat tatapan umum tapi selalu x ingat..
tapi alhamdulillah boleh


source: Scribd(x ingat author dia)

Maksud Bacaan Di dalam Solat

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha
suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan
yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha
mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang
kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang
yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka
yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah
darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan
kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan
kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim
di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan
yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah
yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan
sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau
musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi
Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap
apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan
bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang
ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

marilah kita sama-sama mengetahui dan kalau boleh mengingatinya untuk menambahkan lagi khusyuk dan khudu' kita dalam solat....Insya-Allah

Friday, December 11, 2009

hadis

Tidak ada yang lebih bagi seorang lelaki di akhirat kelak selain dari mampu menyelamatkan ibu bapa. anak2 dan isteri2nya dari api neraka

Thursday, December 10, 2009

Bala Allah akan dtg kpd mereka yg berbuat mungkar juga kpd mereka yg kononnya ALIM tetapi tiada berbuat apa2 terhadap kemungkaran itu

Wednesday, December 9, 2009

Kasih sayang di antara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya

Tuesday, December 8, 2009

Pintu syurga terbuka luas kepada mana2 wanita yang menjaga solatnya, puasanya dan taatnya kepada suami dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang